Thursday, November 26, 2009

~RAYA HAJI~

SALAM


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA...
wat rakan-rakan taulan sekalian..he3..

emm..rasanya tidak dapat nak tulis panjang pasal hari raya korban
yang patutnya kita raya lebih dari raya AIDILFITRI...
tetiba teringatkan mak ngan ayah yang tengah mengerjakan ibadah haji..isk3..
pada hari raya ini juga kita ingin memperingati dan menghayati peristiwa dan semangat korban yang berlaku kepada NABI IBRAHIM dan anaknya NABI ISMAIL ALAIHUMASSALAM..
Aadakah anda sedia berkorban???
macam sayer ini berkorban 2 bulan tidak buka laptop pon x leh...
ini balik sekolah terus buka...
padahal tengah exam...he3...

tapi pandai-pandai lah bahagikan masa k...
ok la tak nak cite panjang..pasal izyan kejar masa..
nak study pasni..
naik cuti ni exam biology...
so no time untuk masak tempe..
apahal masak tempe lak aq nih..
he3..tengah lapar actually...

sekali lagi SELMAT MENYAMBUT HARI RAYA HAJI...

sedikit info tentang IBADAH QURBAN



Hadith :



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu”



Riwayat at- Tirmidzi


Huraian



i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.



ii) Antara hikmah korban adalah:


a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.


b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.


c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.


iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:


a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)


b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:


Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)


c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:


Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla







~NOTES~all images n info are not mine..credits to da owner-ILUVISLAM.COM n DARULNUMAN.COM



~melepaskan tensi0n after paper add math smalam..atoi..~


~bye2 nak balik kamp0ng~




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...