ASSALAMUALAIKUM
Rasa macam lama tak update je..selalunya update pun giveaway
je..hahaha..kali ni nak update pasal
percutian ke Langkawi..tahun lepas pergi..kami pergi island
hopping..lompat-lompat pulau gitu..sambil snorkeling .Kali ni snorkeling dekat hutan
paya bakar..eh..tidaklah kan..buang tebiat namanya tu…Kilim Geoforest Park
Mangrove Tour!salah satu tempat yang uolss jang lupa pergi bila pergi langkawi ok!
Macam island hopping juga ni pun tour dengan bot jangan nak
buang tebiat pula uolss nak berenang..kau ingat kau ahli perenang Negara..Park
Tae Hwan..eh?itu Korea ..hahaha…jadi kami pagi-pagi bangun sebab nak pergi
mangrove tour ni lah..takut ramai orang uolsss…yelah ramai pelancong kan..orang
arab tu yang ramai aku tengok..nasib baik je they all dah kahwin kalau tak aku
usha..tolong kawal perangai izyan…parents kau ada..
We olss datang tak ada lah pagi sangat..dalam pukul 9..dah
ramai juga orang..air laut pun masa tu masih surut..ingat bot tak boleh
jalan..rupanya kau Cuma tengok satu side je dah over tau nak balik sebab air
tak ada macam mana bot nak jalan…mak iolss lah ni..hahaha…tengok side lagi satu
air dah pasang sikit…baru pasanglah…in process omputih kata..excited sungguh
aku rasa nak terjun je dalam laut tu…sebaik terkawal perangai jadi aku tak terjun.Macam
biasalah bila nak naik bot ni ada pakej yang disediakan.uolss nak privasi
family je ke..nak share dengan orang lain pun boleh.Dan yang ini ada ikut jam
1,2,3 dan 4 jam.. yang 3 dan 4 jam tu akan berhenti dekat satu
pulau dan korang bolehlah mandi-manda.
Sayangnya masa kami suntuk..tak ada masa pula nak sampai 3,4
jam,so kami amik yang 2 jam,RM 350 satu bot.Mangrove tour kami tu berhenti 7 tempat,sepatutnya 8 tempat..tempat akhir tak pergi sebab kena panjat tangga
jauh macam kat tasik dayang bunting...malas we olss…skru tak berapa nak kuat
masing-masing..hehehe..so harga kuranglah sikitkan RM 250…best sungguh naik
bot lagi-lagi bila angin sepoi-sepoi gitu..rasa macam dalam drama
sangat..hahaha…driver bot tu bawalah kami jalan-jalan sekeliling pulau
tu..mula-mula kami pergi gua kelawar.. tengok kelawar tergantung
gitu..memanglah..gua taklah gua menakutkan sangat dah buat jalan untuk
pelawat..nanti korang tengok banyaklah kelawar kat situ..no flash ok..tapi
lampu boleh kot...yelah..dahlah kelawar tu warna hitam,gua tu gelap..kena suluh
sikit..kang merabun apa pula kau nak tengok…tak akan nak tengok kepala orang
depan je..kepala orang tak sama macam kepala kelawar ok.
Lepastu kami dibawa ke ‘Crocodile Cave’ pula…orang melayu
kata gua buaya..tapi buayanya tak ada lah kalau tak seram juga aku nak
pergi..nama gua ni gua buaya sebab bentuk pintu gua tu yang macam mulut buaya
kata driver tulah..aku tengok pun adalah rupa mulut buaya gua ni..ha..kat sini
tak turun pun,bot hanya lalu masuk dalam
gua tu..masa kami lalu dalam tu dah pukul 11pagi..air laut belum pasang
sangat..kalau dah pasang betul dalam pukul 12 tengah hari camtu driver tu kata dah tak boleh masuk lalu dalam
gua tu sebab air dah penuh dan driver tunjuklah kat kami kalau pasang air takat
mana..memang tinggi..memang tak bolehlah korang nak lepas lalu dalam gua tu
sebab air penuh kot..jadi sebab tu pakcik bot bawa kami pergi situ dulu sebab
takut pasang..terima kasih pakcik bot.
lepastu dah lalu dekat 'crocodile cave' yang tak mendebarkan tu kami dibawa ke 'Eagle Feeding',dekat situ nanti korang bolehlah tengok helang kan..sambil beri makan..tapi bukan asyik bagi je dia makan..ada masanya kalau tak kata pakcik bot,nanti helang tu jadi pemalas..asyik nak suap je..tolong jangan jadi bintang pemalas please..hehe..
memang layan betul dipukul angin..sejuk uolsss…kami
dibawa pula untuk bergambar berlatarbelangkan Kilim Geoforest Park Mangrove
tour punya batu ke apa..mercu tanda dia kot..ntahlah aku tak tahu kekdah apalah
batu tu..terima kasih sekali lagi buat pakcik bot yang baik hati snap kan
gambar kami sekeluarga… jangan lupa juga solo photo..haruslah kan..posing cam
comel sikit...sikit je..jangan lebih-lebih..
habis kerut..panas kau..time tu nak posing kan...
lepastu
kami pergi ke fish farm pula..masa on the way pergi sana driver tu tunjukkan
kami sempadan Thailand..tapi tak Nampak sebab tengah musim jerebu ke apa
ntah..tak nampaklah Thailand nyer..dan tunjukkan kami Pulau
Kasut..hahaha..macam-macam…kasut pula kan..sebab pulau tu bentuknya macam
kasut..cubalah korang buka kasut korang then compare kan dekat sebelah pulau
tu…memang sama..pulau tu tak pergi dekat pun..tengok dari jauh baru Nampak
macam bentuk kasut.
ada rupa kasut ke tidak?
cerita di fish farm pula..ada macam-macam jenis ikan..ada ikan yang kita pernah
tengok..tapi apa yang buat iolss lebih jakun bila dia bagi
penerangan..hahaha..maklumlah..ikan ni aku tahu makan je..bakar
sodappp..mula-mula tengoklah ikan sumpit..tak pernah pula aku dengar
sebelum ni..Urban sangatkan..kata orang tu ikan sumpit ni kalau nampak
benda macam shining dia akan
sumpit..tapi tak sakit pun..dia sumpit air je pun..jadi orang tu pun
demonstrate lah letak roti dekat kayu..tunggu punya tunggu tak pula dia
menyumpit roti tu tapi sumpitnya cincin mak aku..hahaha..pandai kau ikan nak
sumpit yang mahal je kau kan..lepas tu agaknya dah dapat hidayah dari cincin
mak aku tadi…dia sumpit lah roti tadi..hahaha..motif tau ikan tu
sumpit-menyumpit gitu..tetiba jadi seronok pula tengok ikan tu
sumpit..masing-masing nak cubalah tu..letak tangan dey all pula..habis
sumpit-mnyumpit..kalau dilayan sampai petang tak balik..silap-silap kau masuk
kolam tu sama menyumpit gak..yang ni kau jangan buat..tebiat sungguh..hahaha..nak tahu pasal ikan sumpit bolehlah klik sini..untuk fakta yang sahih!
tengah panas jugalah kami nak bersimpuh ala gadis melayu terlast!
so mangrove tour kami berakhir disitu..kalau kami amik yang 3 atau 4 jam bolehlah mandi dekat the Island Beach..tapi masa tak berapa nak ada...nak beli coklat pula..hehe..jadi tak dapatlah nak mandi-manda..tak apa..next time punya holiday.tak pun pergi dengan kawan-kawan.Kalau nak dapat harga yang murah sikit uolss bolehlah contact pihak pengurusan dulu..nanti bagi harga spesel gitu..haritu pun aku dah amik nombor pakcik bot tu..nanti kalau we olss nak pergi lagi boleh telefon dia..bagi harga special please!
ok..bagi uolss nak tahu lagi pasal Mangrove Tour ni..KLIK SINI!
semua maklumat ada ok!
2 comments:
Dulu pi langkawi,x penah join mangrove tour sbb harga yg bole tahan tu..
dpt baca review pun jadila..:)
jom blogwalking
@Syira Masyiramarohehe..Insyallah..ade rezeki nanti :)
Post a Comment